suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tangguh Dulu Perjalanan Ke Rakhine

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan yang tidak perlu disegerakan ke negeri Rakhine, Myanmar susulan kejadian keganasan yang semakin memuncak, menurut Kementerian Luar.

Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata rakyat Malaysia yang masih berada di Myanmar pula dinasihat supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu serta berwaspada dengan situasi keselamatan pada setiap masa.

"Rakyat Malaysia yang masih berada di  Myanmar juga dinasihat supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan dan perlu berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Yangon," menurut kenyataan itu.

Kedutaan Malaysia di Yangon boleh dihubungi di No.82, Pyidaungsu Yeiktha Road, Dagon Township, 11191 Yangon atau di talian (00) 951-220-251/(00) 951-220-230 dan e-mel:  [email protected].

Myanmar, Rakhine

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wisma Putra Panggil Duta Myanmar

Artikel Lain