suria

Banjir: Mangsa Di Kuala Selangor Meningkat

Kesemua mangsa dipindahkan setelah kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat yang berlaku pada pukul 4 pagi. - Gambar hiasan/ Bernama

KUALA SELANGOR: Mangsa banjir di Kampung Seri Sentosa di sini meningkat kepada 45 orang berbanding 33 orang sebelum ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kesemua mangsa daripada 14 keluarga itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee di sini.

Beliau berkata setakat 9.45 malam Ahad, mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu terdiri daripada lima lelaki warga emas, tujuh wanita warga emas, 10 lelaki, 11 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan.

"Kesemua mangsa dipindahkan setelah kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak 4 pagi tadi,"katanya.

Kerja-kerja pemindahan mangsa banjir dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam  dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Bernama

banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain