suria

Trafik Sesak Menuju Ibu Negara

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke ibu negara dilaporkan sesak petang Ahad berikutan pertambahan kenderaan setelah orang ramai mula kembali ke ibu negara selepas bercuti panjang.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata setakat 6.15 petang Ahad, aliran trafik dari utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak bermula dari Gurun ke Sungai Petani, Sungai Dua ke Seberang Jaya, Bukit Tambun menghala ke Jawi serta dari Ipoh menghala ke Sungkai.

Bagi arah selatan, trafik perlahan dari Tangkak ke Ayer Keroh dan Ayer Keroh menghala Seremban.

“Jumlah kenderaan dijangka akan terus meningkat menjelang malam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Gombak ke Genting Sempah berdekatan Plaza Tol Gombak turut dilaporkan perlahan.

Keadaan trafik perlahan namun terkawal juga dilaporkan dari Lentang ke Plaza Tol Gombak serta Lancang menghala Bukit Tinggi.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA 

trafik, sesak

Artikel Sebelum

Wanita Maki Polis Ditahan

Artikel Lain