suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Buaya Muncul Tengah Bandar

MIRI: Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui awal pagi Ahad.

Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial seawal 7 pagi kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang, Edmund D. Mahai Amboh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 7.36 pagi melaporkan mengenai kemunculan reptilian tersebut.

Buaya itu akhirnya berjaya ditangkap berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.

“Bomba menangkap buaya tersebut setelah menutup kepala serta mengikat kesemua kakinya dan ia akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan susulan,” katanya pada Ahad.

Untuk rekod, bandar Limbang terletak lebih 250km dari bandar raya Miri dan dipisahkan oleh sempadan Brunei. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain