suria

Portal Berita Singapura Tarik Balik Artikel Tidak Berasas

PETALING JAYA: Portal berita Singapura, theindependent.sg telah menarik balik laporannya berhubung kematian mangsa anggar lari, Justinian Tan.  

Semakan terhadap artikel di laman web itu digantikan dengan notis yang bertajuk "Kami Mohon Maaf!".

"Kami memohon maaf kepada pihak yang terbabit dengan kemelut disebabkan insiden ini," menurut notis itu pada Ahad.

Ia susulan pengumuman Kementerian Kesihatan bahawa ia akan membuat aduan rasmi kepada Kerajaan Singapura berhubung dakwaan yang dibuat dalam laporan tersebut.

Menurut artikal di portal itu, ambulans mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kejadian di Jalan Dato Abdullah Tahir, di Taman Abad, pada 25 Ogos lalu.

Tan yang merupakan rakyat Singapura, bersama lima lagi rakannya sedang berjalan ke kereta selepas makan tengah malam sebelum dia bersama seorang lagi rakan dilaporkan dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Bagaimanapun, kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia itu tidak berhenti selepas pelanggaran itu.

Artikel itu yang berdasarkan maklumat oleh salah seorang rakan Tan turut mendakwa bahawa Sultanah Aminah Hospital (HSA) mendesak sejumlah bayaran daripadarakan mangsa sebelum memberikan rawatan.

Keluarga Tan membawa mangsa keluar daru HSA ntuk dimasukkan ke Hospital Besar Singapura, di mana dia meninggal dunia pda kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 30 Ogos lalu selepas diberikan bantuan sokongan hayat. 

Pada Jumaat, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang merujuk kepada rekod ambulans, menafikan kelewatan atau tuntutan bayaran sebelum Tan diberikan rawatan.

Seorang rakan Tan yang berada di tempat kejadian kemudiannya dilaporkan mengakui mungkin terdapat kekeliruan di hospital di negara ini disebabkan masalah komunikasi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Militan Abu Sayyaf Tumpas

Artikel Lain