suria

Pengguna Berang, MRT Buat Hal!

PETALING JAYA: Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) pada pagi Selasa berang apabila terpaksa berdepan dengan masalah kelewatan pengangkutan awam tersebut.

Seorang pengguna, Chartreuse Angel menyedari kelewatan itu seawal pukul 6 pagi yang turut mengakibatkan ramai pengguna lain lewat untuk ke tempat kerja.

“(Tren) Pertama hanya bermula 6.06 pagi tetapi tren berikutnya tiba 6.20 pagi. Kenapa ada jarak masa yang panjang? Ia sepatutnya tujuh minit antara kedua-duanya dan waktu puncak 3 minit,” katanya yang menunggu tren di Stesen Sungai Buloh.

Seorang lagi pengguna MRT, Naimi Iman mendakwa salah sebuah stesen hanya dibuka pada pukul 6 pagi sedangkan operasi sepatutnya bermula 6 pagi setiap hari. 

“Tidakkah nanti mereka yang nak naik tren pada pukul 6 pagi akan terlepas tren? Mohon perjelaskan,” katanya yang mengadu tentang Stesen MRT Sungai Jernih.

“Apa masalah ni? MRT menunggu terlalu lama di Taman Connaught. Ia berhenti di setiap stesen untuk sekurang-kurangnya lapan sehingga 10 minit. Orang nak pergi kerjalah,” ujar Isaac Nagen.


Tan Kiah Kee pula berkata: “Apa masalah dengan laluan MRT hari ni? Tujuh stesen mengambil masa 30 minit. Saya tak boleh bayangkan tujuh stesen lagi.”

Malah ada pengguna yang mengadu perjalanannya untuk tempat kerja mengambil masa hampir dua jam dari Stesen Kajang ke Stesen Mutiara Damansara.

RapidKL menerusi kenyataan di halaman Facebooknya selepas itu menjelaskan isu kelewatan berlaku disebabkan masalah isyarat antara Stesen Pusat Bandar Damansara dan Stesen Phileo Damansara.

Menurut maklum balas di ruangan komen, RapidKL memberitahu insiden yang berlaku adalah di luar jangkaan dan meminta pengguna bersabar.

“Ianya berlaku di luar jangkaan dan kalau boleh, kami sendiri pun tidak mahu ianya terjadi. Mohon bersabar kerana pihak teknikal kami sedang sedaya upaya memulihkan isu ini untuk anda semua. Terima kasih,” katanya.

RapidKL turut memaklumkan pelanggan termasuk pengguna Kad Touch N Go (TnG) atau MyRapid TnG yang terjejas dan tidak mahu meneruskan perjalanan boleh mendapatkan bayaran balik.

Sementara itu, menerusi kenyataan terbaharu RapidKL, perkhidmatan MRT kembali beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, pasukan teknikal menangani isu yang berlaku antara Stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara pada pukul 11 pagi, mengakibatkan tren MRT bagi laluan lain akan bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen.

MRT

Artikel Sebelum

SPRM Serbu Unisel

Artikel Berikut

Artikel Lain