suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Serbu Unisel

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan di Universiti Selangor (Unisel) di Seksyen 7 di sini.

Seramai enam pegawai beruniform dari suruhanjaya itu tiba di kampus di sini pada pukul 9.50 pagi Selasa.

SPRM mengadakan serbuan di empat lagi pejabat Unisel, pejabat Mentri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd yang mempunyai kaitan dengan satu kes yang disiasat suruhanjaya itu.

Di KUALA LUMPUR, pasukan SPRM yang terdiri daripada empat pegawai tiba di pejabat Jana Niaga di Jalan 4/76C pada pukul 10.25 pagi.

Dipercayai SPRM menjalankan serbuan susulan laporan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan MBI berhubung isu membabitkan Unisel dan kontraktornya, Jana Niaga.

Dilaporkan Jana Niaga didakwa menerima pampasan dan kontrak baharu daripada Unisel, walaupun gagal menyelesaikan kontrak terdahulu.

Artikel Sebelum

Dah Jumpa Angeline!

Artikel Berikut

Artikel Lain