suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Belum Bekukan Aset Isa Samad

Azam Baki

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum membuat sebarang keputusan  untuk membeku aset bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana siasatan ke atas pembelian dua hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC) masih lagi berjalan.

"Saya tidak mengatakan beliau (Isa) mengambil wang. Jangan membuat apa-apa tanggapan," katanya.

Azam bercakap kepada wartawan selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan ketua eksekutifnya membuat ikrar anti rasuah di Kompleks Kota Darulnaim pada Rabu.

Beliau berkata SPRM telah mencatatkan lebih daripada 40 kenyataan, dan dalam proses menghubungi beberapa lagi individu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Ketua SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan bahawa rumah Mohd Isa di Selangor diserbu pada Selasa berikutan penangkapannya.

Mohd Isa ditahan pada jam 4.24 petang Selasa di ibu pejabat SPRM, ketika tiba membuat kenyataan berekod mengenai  pembelian hotel FIC di London dan Kuching.

Beliau  ditahan selama lima hari berkaitan isu tersebut.

Mohd Isa Samad, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain