suria

Maya Teruja Sertai #AnakAnakMalaysia

PETALING JAYA: Jangan lepaskan peluang terakhir anda untuk mendaftar sebagai peserta acara #AnakAnakMalaysia Walk 2017 bagi menzahirkan perpaduan dan keharmonian kepada negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan selebriti terkenal tanah air seperti Maya Karin (gambar) dan pereka prolifik, Datuk Jimmy Choo serta figura korporat iaitu Pengerusi Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Operasi AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Orang ramai yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman web sites.thestar.com.my/aamwalk/ dan pendaftaran program tersebut akan ditutup pada pukul 5.30 petang Rabu.

Kata Maya, dia sangat teruja untuk mengikuti acara berkenaan yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 27 Ogos nanti.

Ia berikutan, aktres itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem tentang Malaysia.

Rakyat Malaysia, Alexandra Lee menyatakan tanda sokongan kepada kempen #AnakAnakMalaysia dari lintasan Shinjuku, Jepun.

"Filem itu mewakili semua kaum yang ada dan saya melakonkan watak perempuan Melayu yang mengambil anak angkat berketurunan Cina yang menyimpan impian untuk bergelar pemain badminton.

"Saya pulang dengan banyak memori indah tentang penggambaran tersebut yang dilakukan di Pulau Pinang," katanya.

Pelakon yang berusia 37 tahun itu menyifatkan perpaduan sentiasa menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia, terutamanya di peringkat akar umbi.

"Jauh di dasar hati, rakyat Malaysia sudah pun bersatu padu. Namun, terdapat segelintir yang berfikiran sempit dan berpandangan sinis terhadap konsep uniti," katanya.

Bagi selebriti yang berdarah kacukan Jerman itu, #AnakAnakMalaysia bermaksud menjadi orang Malaysia.

"Tiada yang rumit mengenainya. Walau apapun keturunan anda, anda ialah orang Malaysia," tambahnya.

Anak-Anak Malaysia, Maya Karin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isa Samad Direman 5 Hari

Artikel Lain