suria

Skandal FIC: Isa Samad Hadir Ke SPRM

Mohd Isa Abdul Samad.

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC).

Mohd Isa tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 2.40 petang Selasa.

Beliau merupakan antara individu yang dipanggil SPRM berhubung pembelian hotel oleh FIC di London dan Kuching.

Terdahulu, bekas pembantu khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan.

SPRM turut memanggil bekas dan pengarah semasa FIC termasuk peguam bagi membantu siasatan.

FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.

Isa Samad, FIC, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain