suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Rugi RM15.2 Juta Akibat Balak Haram

KUALA LUMPUR: Negara kerugian kira-kira RM15.2 juta akibat daripada aktiviti pembalakan haram di Semenanjung Malaysia dari tahun 2006 hingga 2016, persidangan Dewan Negara  diberitahu Selasa.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 256 kes pembalakan haram direkodkan dan 229 orang ditangkap berhubung kegiatan itu.

"Pembalakan haram adalah sebarang aktiviti yang dilakukan tanpa lesen secara terancang dengan  penggunaan jentera berat," katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal yang ingin tahu jumlah kerugian akibat pembalakan haram hutan di negara ini.

Menjawab soalan tambahan mengenai penggunaan teknologi terkini bagi membendung aktiviti  pembalakan haram seperti diamalkan di negara lain, Hamim berkata kementeriannya antara lain telah menggunakan dron, cerapan satelit dan remote sensing.

Program bagi meningkatkan keupayaan memantau kegiatan pembalakan termasuklah Operasi Rangkaian Penguatkuasaan Biodiversiti 1Malaysia (1MBEON) , operasi oleh Centralized Enforcement Team, dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Elit Team, katanya.-- Bernama

Hamim Samuri, balak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain