suria

Azmin Dilantik Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan

PETALING JAYA: Pakatan Harapan mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sebagai pengarah pilihan raya gabungan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Parlimen, Khamis.

Azmin merupakan naib presiden gabungan dan pelantikannya itu bagi mengukuhkan jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden Pakatan Harapan, dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa komunikasi dan mobiliti.

Manakala  Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai ketua Wanita Pakatan Harapan.

Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Azmin sebagai pengerusi Pakatan Harapan Selangor dan Presiden PPBM Muhyiddin sebagai pengerusi Pakatan Harapan Johor.

Menurut Dr Mahathir, pengumuman ini bagi mengisi kekosongan dalam struktur kepimpinan gabungan semasa.

Sebelum ini, Pakatan Harapan mengumumkan Dr Mahathir sebagai pengerusi gabungan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai presiden gabungan. 

Jawatan ketua setiausaha diisi bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah dan bendahari dipikul oleh Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran.

Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain