suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Dikecam Asingkan Cawan Pelajar

PETALING JAYA: Ibu bapa dan netizen 'naik angin' selepas mendakwa sebuah sekolah rendah di Hulu Langat mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam.

Gelas yang ditanda 'murid Islam' dan 'murid bukan Islam' itu diletakkan bersebelahan dengan dispenser air.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chong Sin Woon menegaskan bahawa "sekolah kebangsaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak boleh memisahkan anak-anak kita berdasarkan agama."

Jelasnya, beliau akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Selangor menyiasat perkara tersebut.

Terdahulu, anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai, Satees Muniandy memuat naik gambar di Facebook membantah polisi di sekolah itu.

"Inilah yang akan berlaku di sekolah aliran tunggal. Orang bukan Islam diajar bahawa mereka berbeza dan tidak patut berkongsi cawan dengan pelajar Islam," kata ahli politik pembangkang itu.

Asing Cawan

Artikel Berikut

Artikel Lain