suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Bangladesh Maut Dalam Kebakaran Rumah Kongsi

Mangsa ditemukan maut berhampiran sisa kebakaran.

TAPAH: Seorang pekerja Bangladesh maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kongsi di Batu 2 dekat jalan lama Tapah-Bidor di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, mayat mangsa ditemukan ketika operasi menyelamat yang berlaku sekitar pukul 2.30 pagi Khamis.

"Mayatnya ditemukan berhampiran sisa kebakaran oleh ketua operasi, Riduan Bahida Baharuddin.

"Kebakaran tersebut meranapkan kira-kira 75 peratus rumah kongsi terbabit," katanya.

Api berjaya dikawal pada pukul 3.45 pagi.

Artikel Lain