suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Ambil Tindakan Sendiri - Polis

Keadaan kereta mangsa selepas melanggar suspek sehingga menemui ajal.

SERDANG: Pelajar Yaman yang didakwa kerana mengejar dan melanggar peragut sehingga menyebabkan kematian direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminudin Megat Alias berkata, pelajar yang berusia 20-an itu direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tentang kejadian yang berlaku di Seri Kembangan pada pagi Ahad lalu.

Megat Mohamad Aminudin mengingatkan agar orang awam tidak mengambil tindakan undang-undang dengan sendiri kerana ia mungkin boleh membahayakan diri dan orang lain.

"Orang awam patut memaklumkan sebarang kelakuan jenayah kepada pihak polis dengan segera dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin.

Pada Ahad, suspek yang berumur 25 tahun itu meragut beg mangsa yang sedang menikmati minuman di kawasan tersebut pada pukul 3.30 pagi.

Pelajar itu terus memasuki kereta dan mengejar suspek sejauh 3km sebelum bertindak melanggar keretanya ke arah motosikal suspek di persimpangan lampu trafik.

Suspek maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Artikel Lain