176 Sekolah Mungkin Ditutup Atau Digabung - Mahdzir - Semasa | mStar

176 Sekolah Mungkin Ditutup Atau Digabung - Mahdzir

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 176 sekolah di seluruh negara mungkin ditutup atau digabungkan kerana mempunyai bilangan pelajar kurang daripada 20 orang, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Kementerian mendefinisikan sebuah sekolah yang mempunyai populasi pelajar yang rendah sekiranya mempunyai kurang daripada 150 pelajar. Berdasarkan kajian, terdapat 2,996 sekolah di negara ini yang ketika ini mempunyai kurang daripada 150 pelajar," katanya kepada Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) Di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata, daripada 2,996 sekolah yang mempunyai bilangan pelajar kurang daripada 150 orang, 2,058 adalah sekolah kebangsaan, 578 sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Cina dan 360 SRJK Tamil.

Tambah Mahdzir, 44 sekolah mempunyai kurang daripada 10 pelajar manakala 132 sekolah lagi dengan bilangan kurang daripada 20 pelajar.

Menurut Mahdzir, satu kajian komprehensif sedang dijalankan untuk menentukan sama ada sekolah-sekolah terbabit boleh ditutup atau digabungkan.

"Perkara ini telah dilakukan ke atas tiga sekolah di Jalan Pasar di Kuala Lumpur yang digabungkan kerana bilangan pelajar yang rendah," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kementerian tidak akan memaksa sekolah untuk menutup atau bergabung dengan sekolah lain melainkan ibu bapa pelajar di sekolah berkenaan bersetuju untuk langkah tersebut.

Artikel Sebelum

Jangan Ambil Tindakan Sendiri - Polis

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain