suria

Lagi Mangsa Terperangkap Dalam Lif Sama

Awal bulan lepas, pasangan suami isteri warga emas terperangkap hampir 26 jam di dalam lif di pasar raya yang sama.

IPOH: Sepuluh orang terperangkap kira-kira 15 minit  di dalam lif di sebuah pasar raya di Meru Raya pada Sabtu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak berkata mangsa terdiri daripada enam wanita dan empat lelaki itu ditemui dalam keadaan selamat.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.45 petang dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian.

Setibanya di lokasi kejadian, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh pihak penyelenggaraan pasar raya berkenaan.

"Anggota bomba telah melakukan pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.

Awal bulan lepas, pasangan suami isteri warga emas terperangkap hampir 26 jam di dalam lif di pasar raya yang sama.Ketika diselamatkan, pasangan warga emas itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan lemah kerana terkurung tanpa makan dan minum.-Bernama

Lif, terperangkap

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ulat Tiket Ditahan

Artikel Lain