suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Blok Asrama Maahad Tahfiz Terbakar

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Dua buah blok asrama Maahad Tahfiz Al Baraqah, Sepang, musnah dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi Sabtu.

Menurut jurucakap bomba, kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 4.40 pagi itu turut merebak ke sebuah rumah setinggan menyebabkan 30 peratus daripada rumah itu terbakar.

Sebanyak 25 anggota bomba dari tiga balai berdekatan terlibat dalam usaha memadam api kebakaran tersebut.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, katanya ketika dihubungi media di sini Sabtu. - BERNAMA

maahad tahfiz, kebakaran

Artikel Lain