suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Habuan RM600 Disyaki Punca Tiga Penguatkuasa Ditahan

KOTA KINABALU: Tiga pegawai penguatkuasa ditahan selepas disyaki menerima rasuah ketika terlibat dalam operasi pemeriksaan harga di Beaufort minggu lalu.

Ketiga-tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Beaufort yang berusia 35, 37 dan 38 tahun itu ditahan pada Khamis.

Menurut laporan yang dibuat pemilik kedai, suspek didakwa ke premis miliknya untuk memeriksa harga barang pada kira-kira pukul 12.30 malam, 14 Julai lalu.

Ketika menjalankan pemeriksaan itu, ketiga-tiga pegawai terlibat telah meminta RM600 daripada mangsa bagi mengelak dikenakan kompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga bagi barangan yang dijual.

Pemilik kedai itu mendakwa telah membayar wang yang diminta dan kemudian melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 Julai.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi berkata, ketiga-tiga pegawai terlibat ditahan di pejabat mereka dan akan direman bagi membantu siasatan.

KPDNKK, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain