suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Rogol Tiga Adik Ditahan Reman

SUNGAI PETANI: Remaja berusia 18 tahun yang dituduh merogol tiga adiknya ditahan reman sehingga 28 Julai ini.

Majistret Arif Mohamad Shariff mengeluarkan arahan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Sabtu.

Suspek yang memakai pakaian lokap tiba di mahkamah pada pukul 9.26 pagi menaiki sebuah van polis.

Insiden tersebut menjadi perhatian pada Khamis lalu apabila mangsa berusia lapan tahun mengaku telah dirogol oleh abangnya.

Berikutan itu, dua lagi kakaknya yang berusia sembilan dan 14 tahun tampil membuat pengakuan sama kepada ibunya.

Ibu mereka membuat laporan polis pada Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Suspek ditahan pada Jumaat selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Balai Polis Kuala Muda.

Abang Rogol Adik

Artikel Berikut

Artikel Lain