suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RoS Bertegas DAP Perlu Adakan Pemilihan Semula CEC

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kekal dengan keputusannya supaya DAP perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, arahan tersebut kekal, walaupun DAP mendakwa bahawa justifikasi RoS terhadap perintah tersebut tidak berasas.

"RoS kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu mengadakan semula pemilihan CEC," katanya kepada The Star.

Mengenai permintaan DAP untuk bertemu dengan RoS berhubung perkara tersebut, Mohammad Razin berkata: "DAP hanya perlu menulis kepada RoS sekiranya mereka memerlukan sebarang penjelasan."

Dalam kenyataan pada 7 Julai lalu, RoS berkata, ia tidak berniat membatalkan pendaftaran DAP, tetapi mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan bagi CEC.

Berikutan aduan daripada anggota DAP, RoS berpendapat pemilihan semula pada 2013 itu tidak dilaksanakan mengikut senarai anggota perwakilan yang diberi keizinan untuk menghadiri dan mengundi pada pemilihan sebelumnya yang diadakan pada 15 Disember 2012. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain