suria

Lagi Kes Rabies

Gambar hiasan.

KUCHING: Satu kes wabak jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun disahkan di Sarawak menerusi satu ujian makmal pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki dari Kampung Remun, Serian itu digigit seekor anjing pada awal Mei lalu.

"Pada 11 Julai lalu, dia mengalami sakit-sakit di bahagian kaki, kebas dan sakit belakang dan dimasukkan he Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, ia menjadikan kes rabies di Serian meningkatkan kepada lima, di mana empat daripadanya mengakibatkan kematian. 

rabies

Artikel Berikut

Artikel Lain