suria

Adun Lenggeng Meninggal Dunia

SEREMBAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah pada kira-kira 11.25 Selasa malam.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, Ishak dilaporkan pengsan ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Adun Seri Menanti, Datuk Abdul Samad Ibrahim di Seri Menanti sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut.

“Jenazah sekarang sedang jalani bedah siasat  dan akan dibawa balik ke rumahnya di Taman Rashidah Utama, Seremban dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Ishak yang  berasal dari Kampong Pantai, Seremban, baru menyambut ulang tahun ke-66 pada Isnin lepas, Beliau meninggalkan isteri Datin Norimah Ujang dan empat orang anak.

Ishak merupakan Adun Lenggeng selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1995. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia Bukan Negara Gagal

Artikel Lain