suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

I Am Me Jadi 'Penyakit'

PETALING JAYA: Selepas tular dengan pantas di media sosial dan trending di laman Youtube, video I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida kini bagai menjadi satu 'penyakit'.

'Penyakit' tersebut telah dilihat merebak apabila ia menjadi ikutan ramai dengan kemunculan banyak video parodi.

Walaupun baru sahaja dimuat naik di YouTube pada Jumaat lalu, lebih dari 10 video parodi lagu I Am Me ciptaan Edry Abdul Halim itu dikesan telah muncul di laman perkongsian video popular tersebut.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 500,000 kali di Youtube.

Menariknya, video dengan lagak dan gaya jutawan kosmetik itu menari bukan sahaja ditiru oleh golongan remaja dan dewasa, tetapi juga oleh golongan kanak-kanak.

Ini menunjukkan bahawa gabungan lagu dan si penyanyinya telah berjaya mencetuskan satu aura dan fenomena yang mampu meresapi jiwa individu setiap peringkat usia.

I Am Me, DSV, parodi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain