suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Ahli Kumpulan Geng 08 Ditembak Kerana Bola

Polis menjalankan gerakan mengesan suspek-suspek lain yang terlibat dalam kejadian cubaan bunuh itu. - Sinar Harian

IPOH: Tiga ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08 parah selepas ditembak oleh sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Kledang Timur 10, Menglembu, Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, kejadian itu berpunca daripada pertengkaran antara kumpulan suspek dan mangsa ketika menonton perlawanan bola sepak di Padang Ipoh.

Menurutnya, perbincangan antara mereka mula hangat menyebabkan suspek melepaskan enam tembakan ke arah ketiga-tiga mangsa yang berusia 21 hingga 29 tahun.

"Ketiga-tiga mangsa yang terkena tembakan di lengan dan perut telah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan dalam keadaan stabil.

"Siasatan mendapati pistol yang digunakan dipercayai jenis Revolver. Susulan itu, operasi yang dijalankan berjaya menahan empat lelaki berusia 21 hingga 35 tahun sekitar Ipoh," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Hasnan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek merupakan ahli kongsi gelap Geng 21 dan gerakan dijalankan untuk mengesan suspek lain yang terlibat.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1967," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain