suria

Pesawat AirAsia X Lencong Ke Brisbane

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia X yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa melencong ke Brisbane, Australia sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast pada jam 10.20 malam (waktu tempatan) dipercayai akibat kerosakan enjin selepas dilanggar burung.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata penerbangan D7 207 yang membawa 345 orang penumpang dan 14 anak kapal itu selamat mendarat pada jam 11.33 malam waktu tempatan.

"Pesawat berkenaan berpatah balik selepas mengalami masalah enjin dipercayai disebabkan oleh burung yang masuk ke dalam enjin pesawat, dua bangkai burung turut ditemui di atas landasan.

"Kami mengikuti setiap garis panduan bagi memastikan keselamatan penumpang di mana buat masa ini setiap keperluan mereka sedang diuruskan oleh kakitangan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Benjamin berkata, pihaknya akan menyediakan penerbangan khas bagi membawa penumpang daripada penerbangan D7207 ke Kuala Lumpur secepat mungkin.

"Kami juga turut memuji tindakan pantas dan profesionalisme kru penerbangan dalam memastikan keselamatan penumpang sehingga pesawat berkenaan berjaya mendarat di Lapangan Terbang Brisbane".

AirAsia X

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain