suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Dua Jutawan Bertunang

Foto Instagram chrystan_x.

PETALING JAYA: Anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan telah dilamar usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin.

Faliq, yang juga anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin telah melamar Chryseis Tan,29, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh, Jumaat lalu.

Pemuda berusia 32 tahun ini adalah salah seorang pewaris kumpulan Naza, salah satu nama terbesar dalam industri permotoran di Malaysia.

Manakala Chryseis pula adalah anak kepada Vincent Tan yang merupakan jutawan dalam pelbagai perniagaan termasuk bidang hartanah.

Chryseis berkongsi gambar gembira itu laman Instagramnya pada Sabtu.


Gambar tersebut menunjukkan Faliq melutut di depan Chryseis yang kelihatan terkejut dan terharu dengan aksi romantis teman lelakinya itu.

Susulan daripada perkongsinan gambar tersebut, laman Instagram Chryseis dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan pasangan kekasih itu.

Faliq SM Nasimuddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain