suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Pengasingan Penumpang Ikut Jantina

PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak pernah melaksanakan, sebagai suatu dasar,sebarang langkah pengasingan antara penumpang lelaki dan wanita semasa proses saringan keselamatan.

MAHB,dalam kenyataan diakaun facebook berkata, situasi yang diketengahkan menerusi tulisan oleh blogger nicootan pada 29 Jun itu berlaku dari semasa ke semasa sebagai masalah terpencil apabila tiada jumlah pegawai keselamatan penerbangan wanita yang mencukupi dalam syif tertentu.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi pemeriksaan keselamatan menyatakan bahawa pemeriksaan keselamatan terhadap seseorang penumpang mesti dilakukan oleh petugas daripada jantina yang sama, menurut kenyataan itu.

MAHB akan berusaha mencari kaedah untuk menjadikan proses saringan keselamatan lebih efisien dan memastikan penumpang memperoleh pengalaman yang lebih menggembirakan, kata MAHB.

"Kami menghargai maklum balas yang diberi dan kami mohon maaf terhadap sebarang kesulitan tidak disengajakan yang dialami penumpang, kata kenyataan itu.-- Bernama 


MAHB, SOP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jangan Melampau!

Artikel Lain