suria

Penjadualan Semula Penerbangan Malindo Air

Gambar fail pesawat Malindo Air.

PETALING JAYA: Dua pesawat Malindo Air yang digantung akibat masalah teknikal telah menyebabkan kelewatan dan penjadualan semula untuk penerbangan lain.

Jurucakap syarikat penerbangan tersebut mengesahkan kepada  The Star Online bahawa kedua-dua pesawat Malindo Air telah terjejas di Delhi, India dan satu lagi di Dhaka, Bangladesh.

"Ia disebabkan oleh masalah teknikal, oleh itu, kami perlu menjadualkan semula penerbangan.

"Beberapa penerbangan terjejas akibat dari dua pesawat yang digantung itu," katanya.

Tambahnya, penumpang-penumbang yang terlibat dengan dua pesawat itu diberi makanan dan kemudahan lain.

Katanya lagi, syarikat penerbangan itu kini dalam penjadualan semula bagi memastikan jadual kembali kepada normal.

"Kami mengakui bahawa terdapat beberapa penerbangan yang tertangguh disebabkan oleh kedua-dua pesawat yang mengalami masalah teknikal.

"Kami menjangkakan jadual penerbangan akan kembali kepada normal bermula esok (3 Julai)," katanya.

Beliau mengesahkan bahawa kedua-dua pesawat itu merupakan dua kejadian yang dilaporkan sebelum ini.

Pesawat Malindo Air OD132, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Lahore pada 25 Jun, terpaksa berpatah balik ke Delhi disebabkan masalah enjin.

Manakala pada 27 Jun, pesawat Malindo Air OD163, yang terbang ke Kuala Lumpur, kembali ke Dhaka kerana terdapat keretakan cermin depan pesawat tersebut.

Sementara itu, pada Khamis lalu  laman Facebook Malindo Air dipenuhi dengan keluhan penumpang-penumpang terbabit yang tidak berpuas hati dengan penangguhan serta penjadualan semula.

Malindo Air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain