suria

Masjid Kecoh Akibat Litar Pintas

PETALING JAYA: Suasana di Masjid Al-Mubin Kampung Teluk Pauh Panji, Kota Bharu, Kelantan pada pagi Aidilfitri bertukar kecoh apabila berlaku kebakaran yang disebabkan litar pintas.

Insiden itu berlaku ketika para jemaah mahu menunaikan solat sunat Aidilfitri, pagi Ahad.

Rakaman detik cemas berdurasi 10 saat itu yang menjadi tular di laman sosial menyaksikan jemaah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Kawasan masjid turut dipenuhi asap.

Jemaah berkumpul di luar masjid.

Turut kedengaran bunyi letupan kecil dan percikan api di dalam masjid tersebut.

Menurut maklumat yang dikongsi pengguna Facebook Putera Kelatan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, tak sempat nak baca khutbah, tiba-tiba berlaku litar pintas dekat meter elektrik. Semuanya selamat.

"Kami bagi pihak masjid memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Pendawaian dalam proses lagi. Terima kasih kepada pihak bomba kerana dapat menyelamatkan kebakaran tadi," katanya.

Sementara itu, Mohd Shah berkata:"Sabar dan reda, ada sebab musababnya setiap ujian Allah SWT."


litar pintas, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Lain