Tempoh Moratorium Bauksit Dilanjutkan - Semasa | mStar

Tempoh Moratorium Bauksit Dilanjutkan

KUANTAN: Tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini, akan dilanjutkan sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau menegaskan bahawa tindakan melanjutkan tempoh moratorium sehingga tamat PRU14 itu bukan 'permainan politik' dan berharap supaya masyarakat boleh melihat perkara itu daripada sudut yang lebih meluas.

"Keputusan ini perlu ditetapkan kerajaan yang memerintah. Mandat yang kita ada ialah sehingga PRU dan selepas itu bergantung kepada kerajaan yang memerintah untuk buat keputusan. Sudah pasti kena tunggu PRU," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata ketetapan itu dipersetujui bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, memandangkan hal berkaitan bauksit bukan lagi 'hak mutlak' kerajaan Pahang ekoran isu pencemaran yang berbangkit sebelum ini.

"Saya juga suka apabila kerajaan Persekutuan bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Tapi ini bukan bermaksud saya mahu lepas tangan...tapi saya memang lega apabila mereka bantu.

"Kita setuju lanjut tempoh moratorium (sehingga PRU) tapi kerajaan negeri serahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk sebarang keputusan akhir," katanya.

Pada 27 Mac lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit yang bermula 15 Januari 2016 dilanjutkan sehingga 30 Jun ini bagi memberi peluang pengusaha menghabiskan baki stok.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa berlaku aktiviti perlombongan secara haram dalam tempoh pelaksanaan moratorium, Adnan berkata terdapat dua kemungkinan dalam hal itu.

Katanya, kehadiran lori bauskit di jalan raya seperti dakwaan penduduk setempat boleh disebabkan tindakan pengusaha yang mendapat permit import khas (AP) bagi menghabiskan baki stok yang telah dilombong sebelum tempoh moratorium berkuat kuasa.

"Saya rasa kita juga tidak boleh tolak kemungkinan ada yang melombong secara haram... yang paling saya perhatikan, apabila buat secara sulit, mereka lakukan elok pula. Semasa diberikan kebenaran (melombong) mereka buat sambil lewa sehingga ada pencemaran.

"Kita akan siasat tetapi kuasa (mengeluarkan) AP dan permit penguatkuasaan ada pada menteri (kerajaan Persekutuan) dan beliau sentiasa bertanya dengan kerajaan negeri mengenai perkembangan semasa," katanya. - BERNAMA

moratorium , bauksit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Masjid Kecoh Akibat Litar Pintas

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain