suria

Cara Mudah, Terbaru Urus Pengangkutan Di Eropah

Florence, Itali. -fotoREUTERS

BAGI yang ingin ke Eropah tapi tak mahu pening kepala fikir urusan pengangkutan di sana, ada satu cara baharu yang sangat mudah dan membantu!

Kini, dengan hanya satu tetingkap dan satu platform enjin carian, segala masalah atau kerunsingan itu akan hilang, kerana semuanya sudah disediakan untuk anda di platform tersebut.

Hanya masuk ke laman www.sutra.my, pilih 'Trains & Buses (Europe Multimodal Bookings)', anda boleh mula memasukkan maklumat seperti tarikh perjalanan dan jumlah penumpang di ruangan yang disediakan.

Platform ini akan membantu anda membuat carian dan perbandingan terbaik mengikut kehendak masing-masing, sebelum tempahan diproses.

Perkhidmatan ini adalah yang terbaru diperkenalkan oleh Sri Sutra Travel selepas menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat pengangkutan multimodal Eropah, Waynaut.

Pengarah Urusan Kumpulan Sri Sutra, Datuk Syed Mohd Razif Al Yahya berkata kerjasama ini dapat membantu pengguna di Malaysia dan rantau Asia menguruskan pengangkutan di Eropah dan membuat tempahan secara fleksibel, menggunakan platform perjalanan sehenti yang dibangunkan sendiri oleh syarikat ini tidak lama dulu.

"Waynaut menyediakan semua yang diperlukan dengan satu pendekatan bagi membolehkan orang ramai memilih untuk menggunakan kapal terbang, kereta api, kereta atau bas di Eropah.

"Dengan keupayaannya membuat tempahan penerbangan, kereta api dan bas secara 'online', pengguna dapat membuat pilihan dengan lebih fleksibel mengikut kehendak dan bajet mereka," katanya.

Datuk Syed Mohd Razif Al Yahya (kiri) bersama Paul Pontecorvo.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian bersama Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Waynaut Paul Pontecorvo, Khamis.

Menurut Syed Mohd Razif, jika banyak tempat yang ingin dikunjungi tempahan secara kombinasi juga boleh dilakukan.

"Ejen atau pelanggan dapat menjimatkan masa, tanpa perlu melayari banyak laman web, menyusun jadual atau membuat bayaran berasingan untuk setiap transaksi," katanya.

Katanya, platform pelancongan komprehensif ini mempunyai jutaan produk dan yang pertama di Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain