Neelofa Duta Belia TN50

Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media pada taklimat khas media untuk memperkenalkan Duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada Isnin. Turut diperkenalkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor (dua ,kiri).Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor antara 10 individu yang dilantik menjadi Duta Transformasi Negara 2050 yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pada sidang media khas Pengenalan Duta-Duta TN50 siri kedua pada Isnin, Neelofa berkata, dia begitu berbesar hati dengan perlantikannya sebagai duta dan akan membantu dalam memacu pembangunan negara yang lebih positif melalui interaksi bersama pengikut di laman sosialnya.

"Melalui perlantikan ini, saya akan menggunakan platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan Twitter, yang saya percaya mampu menjadi penghubung kepada generasi muda di luar sana untuk membentuk dan mencorak wawasan negara yang lebih dinamik.

"Bagi memastikan perkara ini terlaksana, saya akan mengambil bahagian dalam apa jua majlis yang melibatkan Transformasi Negara dan Insyallah akan mengajak mereka (pengikut) untuk turut serta", ujarnya.

Melalui perlantikan itu, Neelofa akan menggunakan laman sosialnya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memainkan peranan untuk membentuk masa depan negara.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin melalui perlantikan kesemua duta belia yang meliputi pakar dari pelbagai bidang itu, mesej TN50 akan disampaikan kepada rakyat secara menyeluruh.

"Melalui perlantukan ini, saya percaya ia dapat memperkembangkan lagi pengetahuan rakyat terutamanya golongan muda terhadap TN50 kerana golongan ini memerlukan tokoh-tokoh rakan sebaya untuk mendekati mereka.

"Dan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha bagi menambahkan lagi kepelbagaian dalam transformasi nasional melalui penglibatan daripada pakar seni, alam sekitar, usahawan, termasuk individu yang terlibat dalam bidang kecegasan.

"Tugas dan tanggungjawab mereka adalah sama, untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat", katanya.

Selain Neelofa, individu lain yang dilantik sebagai duta belia TN50 ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, Pemuzik Iban, Gabriel Fairuz Louis, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Izhar Ariff, aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha, Pengasas Juara Gym, Ben Uzair, Artis Seni Halus, Anniketyni Madian, Usahawan Pembangunan Tenaga Kerja dan Pendidikan Profesional, Dr. Juliana Lim, Pengasas Sukarelawan 'Help Somebody', Dr. Esther Michael, dan Pembantu Pengurus Program Reef Check, Nadhirah Mohd Rifai.


Neelofa, TN50

Artikel Sebelum

Bot KD Perdana Berjaya Dikesan

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain