suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot KD Perdana Berjaya Dikesan

KUALA LUMPUR: Bot KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan perkara itu menerusi akaun Twitter rasminya.

Beliau berkata bot KD Perdana dikesan pesawat pantai ‘beechcraft’ milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awalnya oleh sebuah kapal dagang.

Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa 'Tim Menggeledah' ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas.

TLDM dalam kenyataan pada Isnin berkata kapal berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota laskar kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

Bot, KD Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neelofa Duta Belia TN50

Artikel Lain