suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM: Pembantu Kerani Ditahan Terlibat Rasuah

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang merupakan bekas pembantu kerani di Bahagian Pemasaran dan Jualan, Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan meminta dan menerima rasuah.

Suspek berusia 40 tahun itu disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM86 ribu daripada beberapa firma guaman sebagai upah bagi memastikan firma-firma guaman ini dilantik oleh pihak bank untuk menguruskan penyediaan 'Loan Agreement' untuk pembelian hartanah di bawah PJH.

Suspek yang meletakkan jawatan pada minggu lalu dipercayai akan berurusan dengan pembeli-pembeli yang berjaya mendapat tawaran pinjaman bank dan meminta wang rasuah.

Lelaki tersebut ditahan di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin.

Menurut sumber, suspek dipercayai akan meminta bayaran sebanyak 55 peratus daripada ‘principal legal fee’ yang dikenakan kepada pembeli sebagai upahnya.

Suspek juga turut dipercayai telah menerima jumlah wang itu dalam tahun lalu.

Bagaimanapun, SPRM percaya suspek telah terlibat dalam perbuatan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebelum meletakkan jawatan pada minggu lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek dijangka akan direman pada Selasa untuk membantu siasatan mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

upah, loan aggreement

Artikel Lain