suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

28 Peserta Kem Motivasi Didenda Berbogel

BENTONG: Dua puluh lapan lelaki mengaku bersalah berkelakuan bogel dalam satu permainan ketika menyertai kem motivasi di Selesa Hills Homes and Golf Resort Januari lalu.

Semua 28 individu itu merupakan pelajar kolej telah didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berbogel di tempat awam.

Mereka dikenakan denda sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Lima orang penganjur kem tersebut turut mengaku bersalah di bawah Seksyen 294 (a) dan didakwa tambahan di bawah Seksyen 109 Akta yang sama kerana bersubahat dengan jenayah.

Pihak penganjur telah dikenakan denda RM3,000 setiap seorang dan dihukum penjara sebulan bermula 22 Januari, pada hari penangkapan mereka.

Kem motivasi, pelajar kolej, bogel

Artikel Lain