Pengasas Skim Kontroversi JJPTR Ditahan

GEORGE TOWN: Pengasas skim pelaburan kontroversi, JJ Poor To Rich  (JJPTR), Johnson Lee dan dua orang kanannya akan direman selepas ditahan polis di Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, ketiga-tiga lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang untuk proses reman tersebut.

"Saya hanya boleh mengesahkan Lee, iaitu nama penuhnya, Lee Choong Sen, dipercayai dalang skim tersebut dan dua lagi lelaki merupakan orang kanan dan pembantu peribadinya," katanya.

"Polis turut merampas sebuah kereta Honda Accord, lima telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJPTR, buku cek, 11 keping kad debit dan kad kredit pelbagai bank serta wang tunai RM20,936," katanya.

Kes itu yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini JJPTR telah mengumpul pelaburan sehingga RM1.7 bilion.

Acryl Sani dalam satu kenyataan minggu lepas berkata susulan siasatan ke atas JJPTR, skuad Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, JSJK, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara dan Sekuriti Siber menyerbu lapan lokasi berlainan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, lapan lokasi tersebut yang terdiri daripada beberapa pejabat dan unit kediaman, dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket itu.

Acryl Sani berkata susulan serbuan, 15 pekerja dan empat pelabur telah ditahan untuk proses dokumentasi dan disoal siasat.

Beliau berkata kesemua mereka berumur antara 23 dan 40 tahun.

Difahamkan, daripada 15 pekerja yang ditahan, 13 adalah wanita, manakala tiga daripada empat pelabur yang ditahan juga adalah wanita.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat tempatan.

"Turut dirampas tujuh buah komputer dan komputer riba, mesin kira wang tunai, beratus-ratus dokumen syarikat JJPTR, televisyen, kamera litar tertutup dan wang tunai RM3,300," katanya dalam kenyataan itu.

Acryl Sani berkata, tindakan membekukan akaun yang dimiliki oleh JJPTR juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.


JJPTR, Johnson Lee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia