suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Jadi Parti Jurassic - KJ

BUKIT MERTAJAM: Imej yang lebih segar dan tidak boleh lagi dipandang sebagai parti untuk orang lama antara elemen penting yang perlu dilaksanakan oleh parti pemerintah.

Menurut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, sehubungan itu setiap calon Barisan Nasional (BN) yang akan dipilih pada PRU akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat.

"Kena ada barisan calon yang mewakili semua generasi, kita tak mahu ada imej macam PRU lepas, BN ni parti lama. Parti yang tak nampak imej yang segar, parti "jurassic", kena tunjuk kita parti masa depan TN50 bukan dah parti 1957," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Permatang Pauh Fellowship Ride di Permatang Pauh dekat sini, Ahad.

Ditanya mengenai pemilihan calon dalam kalangan Pemuda, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti, namun tetap berharap lebih ramai calon muda akan bertanding pada PRU akan datang.

"Sebab kita melihat golongan pengundi muda semakin ramai dan mereka mengharapkan calon muda," katanya menurut Bernama.

Khairy berkata, seperti mana Wanita Umno yang mahukan 30 peratus calon dipilih dalam kalangan mereka, Pemuda juga berharap agar 30 peratus calon termasuk wanita dan lelaki muda akan terpilih sebagai calon pada PRU akan datang.

Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain