suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM, Kerajaan Johor Bekerjasama Perangi Rasuah

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan integriti penjawat awam dan membantu dalam meneliti kelemahan prosedur kerajaan yang membuka ruang serta peluang kepada amalan rasuah.

PRM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya akan terus meningkatkan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Selain itu SPRM menjunjung kasih titah baginda sebagai satu cabaran dan berazam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa dengan lebih komited dan efisien.

"Rakyat juga perlu mengambil titah baginda sebagai iktibar dan bersama SPRM dalam usaha memerangai isu rasuah dan salahguna kuasa di negara ini.

Dengan titah baginda tersebut, SPRM percaya ia akan mempertingkatkan dan memperkasakan lagi pelaksanaan pentadbiran kerajaan negeri serta bersih daripada anasir rasuah dan salahguna kuasa.

Pada Khamis, Sultan Ibrahim meminta ahli-ahli Dewan Negeri Johor supaya tidak melihat tindakan SPRM sebagai satu cara yang mampu melemahkan pentadbiran negeri itu, tetapi menjadikannya sebagai kekuatan kerana integriti adalah sesuatu yang tidak boleh ditolak ansur.

Baginda bertitah sedemikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Ke-5 Dewan Negeri Johor yang ke-13.

SPRM, Sultan Johor

Artikel Sebelum

Artikel Lain