suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Tahan Pembeli Tanah Wakaf Masjid

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam urusan jual beli tanah wakaf milik Masjid Al-Hamideen di Melaka.

Individu berusia 66 tahun yang merupakan pembeli tanah berkenaan ditahan di pejabat SPRM Negeri Melaka pada jam 12.15 tengah Khamis berhubung siasatan kes tersebut.

Penahanan ini merupakan hasil siasatan lanjut berkaitan kes tangkapan dua individu sebelum ini yang terlibat dalam kes rasuah dan urusan jual beli tanah wakaf berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan direman esok untuk membantu siasatan kes tersebut.

SPRM

Artikel Lain