suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Dipercayai Jatuh Tasik Ditemui Lemas

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas dijumpai  lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Tasik Danau Kota  ketika berjoging di kawasan berkenaan.

Mayat Lee Boon Kian, 72, ditemui terapung oleh  orang awam di tasik berkenaan pada 7.22 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa berkemungkinan jatuh tergelincir ke dalam tasik berkenaan kerana tiada sebarang kesan jenayah dikesan terdapat pada anggota badannya.

“Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian ialah lemas” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menghubungi keluarga mangsa untuk proses pengecaman mayat. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain