suria

Wanita Maut Selepas Dua Hari Dilanggar Van Di Cameron Highlands

IPOH: Seorang daripada dua wanita yang cedera parah selepas dilanggar sebuah van di pasar malam Golden Hill, Tanah Rata, Cameron Highlands telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Hasadid A. Hamid berkata, wanita berusia 52 tahun itu telah dipindahkan ke Hospital Batu Pahat, Johor menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 8.40 pagi Selasa.

"Bedah siasat telah dijalankan dan mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan teruk pada kepala.

"Seorang lagi mangsa yang berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur yang patah kaki akan dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini," katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam, sebuah van merempuh beberapa gerai di pasar malam itu mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut.

Dua wanita yang ketika itu turut cedera telah dikejarkan ke HRPB di sini.

Hasadid berkata, pemandu van berusia 30 tahun telah ditahan reman sehingga Khamis.

Kes berkenaan disiasat kerana kecuaian yang mendatangkan bahaya hingga menyebabkan kematian.

Cameron Highlands, Tanah Rata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain