suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Lagi PM Umno

ALOR SETAR:"Tiada lagi Perdana Menteri Malaysia daripada Umno."

Demikian harapan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai golongan bukan Islam yang sentiasa menyokong dasar dan perjuangan PAS.

Ketua DHPP, N. Balasubramaniam ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-63 pada Isnin berkata, pihaknya mahu PAS menang bergaya pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) kerana yakin Malaysia boleh diperintah dengan penuh keadilan.

Jelasnya, dengan peluang untuk mempelajari agama Islam bersama PAS, DHPP mendapati agama itu bukan permusuhan, sebaliknya agama yang sejahtera.

"Sebagai contoh, DHPP mengagumi tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaafkan tindakan biadap sebuah akhbar Cina menghina pucuk pimpinan parti itu.

"Kita berharap Tok Guru (Abdul Hadi) menjadi pemimpin PAS pertama menjadi Perdana Menteri Malaysia dan tiada lagi perdana menteri daripada Umno.

"Seandainya ini berlaku, Malaysia akan lebih aman dan sejahtera di bawah PAS termasuk daripada sudut ekonomi dan sistem pemerintahan yang adil," katanya.


Muktamar PAS, DHPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain