suria

Abdul Hadi Tolak Dakwaan PAS Parti Gaduh

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat tangan bersama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua, kiri) selepas menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Penutup Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Isnin. Turut hadir Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (dua, kanan), Mohd Amar Abdullah (kiri) dan Iskandar Samad (kanan).

ALOR SETAR: PAS menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa parti Islam itu merupakan 'parti gaduh' rentetan kegagalan kerjasama politik bersama parti lain sejak 1978.

Sebaliknya, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bawah PAS tidak bermusuh dengan mana-mana parti lain, sama ada Umno atau DAP.

Ujarnya, PAS mengamalkan politik matang dan berhubung dengan semua parti lain serta tidak mengamalkan politik yang negatif.

Mengulas tentang dakwaan PAS menjadi punca perpecahan, Abdul Hadi menjelaskan bahawa sekiranya dasar parti disentuh, maka berlaku pelanggaran sempadan dan memerlukan tindakan.

"Baca semula sejarah kerjasama PAS yang mana, kita dikeluarkan daripada BN oleh Umno, manakala kerjasama dengan Semangat 46 menyaksikan parti itu keluar daripada pakatan.

"Begitu juga semasa menyertai Barisan Alternatif apabila DAP keluar daripada pakatan tersebut sebelum mereka memecat PAS daripada Pakatan Harapan.

"Bila orang lain (parti lain) sentuh dasar parti, maka kita perlu bertindak," katanya.


Abdul Hadi, Muktamar PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain