suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geng 24: Polis Tahan Tiga Lagi Pelajar

SHAH ALAM: Polis membuat tangkapan terbaru dalam meneruskan siasatan mereka terhadap kumpulan pelajar yang disayaki mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.

"Kami telah menahan tiga suspek di Klang pada Khamis kerana disyaki mempunyai hubungan dengan Geng 24.

"Semua mereka adalah pelajar, antara Tingkatan Empat dan Lima," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat selepas majlis serah tugas di ibu pejabat polis negeri, Jumaat.

Beliau berkata suspek dipercayai terlibat dalam video tular yang menunjukkan sekumpulan pelajar membuat kecoh di bahagian luar sekolah.

Tiga pelajar SMK La Salle Klang itu akan direman bermula Jumaat.

Ini menjadikan jumlah tangkapan menjadi 41. 38 suspek lain, termasuk 33 remaja telah dilepas dengan jaminan.

Pada 20 April, dua klip video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah dan dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor '24', selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan 'SMK Sri Andalas 24 Apache'.

Keesokan harinya, kejadian yang sama berlaku berhampiran SMK Simpang Lima, Klang.

Geng 24, kongsi gelap, Fadzil Ahmat

Artikel Berikut

Artikel Lain