suria

Pemuda PAS Umum Jawatankuasa Pusat

ALOR SETAR: Kesemua tujuh calon Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2017-2019 disahkan menang tanpa bertanding selepas sesi pengundian diadakan pada Khamis malam.

Menerusi pengumuman pada Jumaat pada sesi perbahasan Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS di sini, Kamal Ashaari menang tanpa bertanding untuk jawatan Pengerusi Tetap.

Timbalannya, Dr. Riduan Mohd Nor turut menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan tersebut.

Lima lagi calon yang menang tanpa bertanding adalah Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ir Khairil Nizam Khiruddin (Timbalan Ketua), Ahmad Fadhli Shaari (Naib Ketua), dan dua pemeriksa kira-kira, Mohd Shahir Abu Hassan dan Muhammad Ali Rajaie Jamaludin.

Berdasarkan pengumuman oleh Lembaga Pemilihan PAS Pusat itu, seramai 623 perwakilan layak untuk mengundi dan sebanyak 567 undian dibuang pada pemilihan tersebut.

Selain itu, senarai 12 ahli jawatankuasa kerja turut diumumkan seperi berikut:

1) Afnan Hamimi Taib Azamuddin
2) Ir. Muhtar Suhaili As-Sarawaki
3) Syahir Sulaiman
4) Hazmi Dibok
5) Hishamuddin Abdul Karim
6) Izwan Abdul Halim
7) Nurul Islam Mohamed Yusof 
8) Mohammad Arifiriazul Paijo
9) Mohd Akmal Kamaruddin
10) Mohd Hafez Sabri
11) Nor Azariza Mohd Alawi, Ustaz
12) Nazman Che Ibrahim


Pemuda PAS, Kamal Ashaari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain