suria

Jangan Ulas Tentang Agama Lain Jika Tak Cukup Pengetahuan - Anas Zubedy

Anas Zubedy

PETALING JAYA: Peguam bela yang mengamalkan kesederhanaan, Anas Zubedy menyatakan kekesalannya apabila terdapat beberapa pemimpin agama membuat komen tentang kepercayaan penganut agama lain tanpa mempunyai pengetahuan mendalam.

Dalam e-mel kepada The Star pada Isnin, beliau berkata komen-komen jahil berkemungkinan boleh mengguris hati seseorang dan merosakkan perpaduan negara.

Berikut adalah kandungan penuh e-mel beliau:


Hindu, lembu dan umat Islam.

Saudara Muslim yang dikasihi.

Penganut agama Hindu tidak menyembah lembu. Mereka meletakkan lembu di kedudukan sangat tinggi. Ia adalah satu penghormatan yang mereka berikan terhadap haiwan yang telah menyediakan dan memberi sokongan besar dalam sejarah pertanian mereka. Marilah kita menghormatinya. Marilah kita mengamalkan kasih sayang, pemahaman dan empati.

Malang sekali apabila beberapa pemimpin agama kita membuat komen tentang kepercayaan orang lain tanpa pengetahuan yang secukupnya tentang agama ini. Ia mengguris perasaan dan tidak membawa sebarang kebaikan untuk perpaduan negara.

Puisi Dr Asri adalah contoh terbaik. Saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Dr Asri tidak bersendirian, dalam kalangan pemimpin yang dimonopoli Islam yang mempunyai pengertian cetek tentang agama lain.

Ironinya, ketika Malaysia mempunyai tetapan dan sejarah berbilang kaum dan agama, pemahaman kita terhadap agama lain masih diperlukan. Kita tidak boleh dan tidak seharusnya membenarkan perkara ini diteruskan. Kita perlu memberi pertimbangan terhadap dasar kerajaan - mungkin di bawah Jabatan Perdana Menteri - untuk membetulkan status quo. Kita memerlukannya sebagai sebahagian daripada matlamat utama TN50.

Puisi yang ditulis Dr Asri yang mempertahankan Zakir Naik memberikan kesan luka yang lebih dalam. Penganut agama Hindu melihat Zakir Naik sebagai pendakwah yang terpesong dan memperkecilkan agama mereka untuk menyokong kedudukannya dalam Islam.

Secara peribadi, saya telah berhenti makan daging lembu pada hari lahir saya yang ke-21, tahun 1985 walaupun makanan kegemaran saya ketika itu ialah burger Quarter Pounder dengan keju yang dijual di McDonald's.

Saya cuba meyakinkan kolej saya untuk berhenti menghidangkan daging lembu bagi menghormati penganut Hindu sama seperti daging babi tidak dihidangkan di universiti. Oleh kerana saya tidak berjaya meyakinkan mereka, saya membuat keputusan bahawa saya perlu bermula dengan diri sendiri.

Jadi sejak itu, bukan sahaja saya tidak makan daging lembu, malah ia juga menjadi satu dasar untuk daging lembu tidak dihidangkan di majlis-majlis di pejabat saya, di pejabat atau di rumah saya kerana situasi ini adalah dalam kawalan saya. Saya sudah tidak mengambil daging lembu selama 32 tahun.

Saya mempunyai rakan beragama Hindu yang turut menjauhi daging babi. Itulah keindahan Malaysia. Saya mempunyai ramai kawan bukan Islam, Cina dan India yang mengelak daripada pergi ke tempat makan tidak halal apabila saya bersama mereka. Itulah keindahan Malaysia.

Untuk melihat Malaysia berjaya, kita perlu mengamalkan belas kasihan, pemahaman dan empati.

Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada semua saudara  Islam, lelaki dan perempuan untuk berhenti menghidangkan daging lembu di semua majlis dalam kawalan mereka walaupun dengan kehadiran seorang tetamu beragama Hindu.

Kita juga mesti cuba untuk mengelak menjadikan lembu sebagai korban semasa Raya Haji. Kita boleh menjadikan haiwan lain sebagai korban.

Saya tidak mengesyorkan ini di seluruh dunia. Tetapi bagi Malaysia, ini adalah jalan ke hadapan.


Salam keamanan.

Anas Zubedy

Kuala Lumpur
Anas Zubedy, Dr Asli, lembu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Profil Sultan Muhammad V

Artikel Lain