suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LRT Laluan Kelana Jaya Terjejas Lagi

- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya terjejas akibat menghadapi masalah teknikal, Isnin.

Jurucakap Prasarana Malaysia Bhd ketika dihubungi Bernama berkata gangguan sistem isyarat itu melibatkan stesen Taman Paramount dan Taman Jaya di laluan Kelana Jaya bermula pukul 6.30 pagi.

"Tren perlu dipandu secara manual apabila melalui sektor tersebut menyebabkan berlaku kelewatan.

"LRT Kelana Jaya menggunakan sistem tanpa pemandu...apabila terdapat masalah kami perlu mengarahkan juruteknik yang berada di stesen mengambil alih tugas pemanduan tren," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perkhidmatan LRT di laluan itu telah pulih sepenuhnya pada kira-kira pukul 11 pagi tadi setelah kerja-kerja membaikpulih selesai dilakukan. -Bernama


LRT, Kelana Jaya, teknikal

Artikel Lain