suria

Bookie: Ah Chong Bebas Dengan Jaminan SPRM

PUTRAJAYA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum atau "Ah Chong" yang ditahan reman tujuh hari berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana 2017, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret selepas tempoh remannya berakhir Jumaat.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 43 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000 dengan tiga penjamin.

Bekas pemain yang pernah beraksi bersama Negeri Sembilan dan Selangor itu direman sejak 15 April lalu dan disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009 kerana disyaki terlibat mengatur perlawanan membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-Mifa).

Khairul Anuar diwakili peguam, Ridha Abdah Subri.

Pada 6 April lepas, tiga pemain bola sepak MISC-MIFA termasuk seorang pemain import turut ditahan reman kerana dipercayai mengambil rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie untuk menentukan perlawanan.-- Bernama 


Ah Chong, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pensyarah 'Rasis' Mohon Maaf

Artikel Lain