suria

Anak Hadi Awang Kini Ketua Pemuda PAS

Muhammad Khalil Abdul Hadi

PETALING JAYA: Anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi menang jawatan Ketua Pemuda parti itu tanpa bertanding.

Muhammad Khalil mengambil alih jawatan itu daripada Nik Abduh Nik Aziz berkuat kuasa 18 April.

Pegawai Penerangan parti, Mohd Shahir Abu Hassan, memaklumkan kepada The Star Online bahawa Khalil Khairil Nizam Khiruddin akan menjadi Timbalan Ketua Pemuda PAS.

"Ahmad Fadhli Shaari akan menjadi Naib Ketua Pemuda PAS dan Dewan Pemuda PAS Pusat akan terdiri daripada 14 ahli.

"Mereka semua menang tanpa bertanding, oleh itu tidak akan ada sebarang pemilihan atau pengundian semasa muktamar PAS ke-63," katanya.

Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei di Alor Setar.

Abdul Hadi dan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengekalkan kedudukan mereka tanpa bertanding.


Artikel Sebelum

Zakir Naik PR Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain